Thursday, November 10, 2011

Tingkatkan Privacy Browser Anda

SECARA umumnya kebanyakan pelayar web seperti Mozilla Firefox tidak mempunyai fungsi yang membolehkan kata laluan dikonfigurasikan untuk penggunaannya. Namun begitu terdapat cara yang boleh digunakan untuk membolehkan sesebuah pelayar web itu mempunyai kata laluan.

Kebanyakan pengguna memerlukan kata laluan tersebut untuk mengawal penggunaan pelayar web dalam melayari Internet. Ia juga digunakan untuk menjaga kerahsiaan privacydalam penggunaan sesebuah program pelayar web tersebut. Dengan adanya kata laluan penggunaannya terkawal dan rahsia.

Bagi membolehkan sesebuah pelayar web mempunyai fungsi kata laluan, ia memerlukan pemasangan program komputer tertentu kepada pelayar web tersebut yang di kenali sebagai add on program.

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, boleh dipasang kepadanya program tambahan Master Password+.
Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/master-password/.

Bagi pelayar web Google Chrome pula, boleh dipasang kepadanya program tambahan Simple Startup Password.
Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://chrome.google.com/webstore/detail/ojoalkffommhmdmbohjphohoejjmgepc.

Mungkin ada program tambahan lain yang boleh digunakan untuk fungsi kata laluan seperti Internet Lock dan lain-lain. Cara yang sama juga bagi program-program pelayar web yang lain.

Bagi pelayar web Internet Explorer pula, ia boleh dikonfigurasikan dengan kata laluan dengan pergi ke Tools > Internet Option > Content > Content Advisor > General. Seterusnya pergi ke ruangan Supervisor Password dan klik butang create. Seterusnya masukan kata laluan yang dikehendaki dan klik OK.

Sekiranya sesebuah komputer digunakan dalam persekitaran rangkaian dan Windows, boleh digunakan program untuk polisi komputer seperti Group Policy untuk mengawal penggunaan sesebuah pelayar web dengan menggunakan kata laluan.


Sumber : Utusan

Wednesday, November 9, 2011

10 tahun Penjara Kepada Pengodam


WASHINGTON 5 Nov: Seorang lelaki rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh sebuah mahkamah daerah Amerika Syarikat (AS), semalam selepas disabit kesalahan menggodam komputer Rizab Persekutuan AS dan bank-bank lain.

Penggodam yang bernama Lin Mun Poo, 32, awal tahun ini mengaku bersalah atas tuduhan menggodam bank pusat AS itu serta beberapa institusi kewangan swasta lain termasuk mencuri nombor kad bank dan kad kredit.

Dia juga mengaku menggodam dan memuat naik satu kod perisian virus pada pelayan komputer bank pusat tersebut.

Menurut pendakwa raya, Mun Poo didakwa memasuki AS apa Oktober tahun lalu untuk menjual nombor kad kredit dan kad bank curi namun beliau terjerat apabila pembelinya adalah seorang ejen perisian AS.

"Ketika ditahan, rakyat Malaysia itu memiliki 122,000 nombor kad bank dan kad kredit curi," ujarnya.

Jabatan Kehakimah AS berkata, aktiviti jenayah siber Mun Poo juga melibatkan sektor keselamatan AS termasuk menggodam sistem komputer satu kontraktor Pentagon yang menyediakan sistem pengurusan perkhidmatan untuk pengangkutan tentera dan operasi ketenteraan lain.

"Hukuman itu memberi mesej kepada semua penggodam di dunia bahawa AS bukanlah tempat untuk mereka menjalankan perniagaan haram," kata Pendakwa Raya AS, Loretta Lynch dalam satu kenyataan.


Sumber : Mingguan Malaysia 6 November 2011

Komputer Itu Indah

Trick ni sy jmpa tem sy tingkatan enam lagi.. best tp lucu sikit sbb "slang" dia orang putih pnya..haha
Cara mo wat komputer kita bercakap..

1. Copy ni coding ke notepad

Dim message, sapi
message=InputBox("What do you want me to say?","Speak to Me")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak message


2. Save kan notepad tu dgn nama speak.vbs di desktop.

3. untuk open, klik 2 kali speak.vbs dan taip apa saja yg kamu mo komputer kamu cakap...

haha.. trick ni wat sy mcm pro ja dlu..TOINK...hehehe..

Enjoy..

JAGALAH LAPTOP ANDA!!!!!!!!!!1

Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang “portable”. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.
Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba “hanged”, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi.

Tips untuk menjaga laptop anda:

1. Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.
2. Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.
3. Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.
4. Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.
5. Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.
6. Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.
7. Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual.

Semoga tips kali ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber : amzanimokhtar
Diedit oleh : edWin..

Thursday, November 3, 2011

Latihan Atau Penderaan

Sekolah Shichahai di China ditubuhkan oleh kerajaan China yang bertujuan melahirkan atlet berprestasi tinggi untuk negara itu. Latihan diberikan kepada kanak-kanak bermula daripada 6 tahun. Kanak-kanak ini akan belajar pada waktu pagi dan akan mula berlatih selama  4 jam sehari pada sebelah petang. Tidak hairanlah kenapa negara China kini menjadi salah satu kuasa utama dalam bidang sukan. Kesian budak-budak ini... :(


Sumber : amusingplanet.com

Wednesday, November 2, 2011

Takut Orang Nampak...

Situasi 1:
Tan dan Abu nak mencuri.
Tan: Abu, ko jaga depan. Takut orang nampak nanti..
Abu: Ok2..aku back up..aku back up.


Situasi 2:
Seman dan Milah berdating dalam kereta.
Seman: Yang2..jom kita bercomolot?!
Milah: Ala abang ni..malulah. Lagipun takut orang nampak nanti..


Situasi 3:
Waktu tengahari di bulan Ramadhan..
Leman: Kat mana kita nak makan ni?
Bob: Makan kat tepi semak tu la..Takut orang nampak plak nanti..




Kita selalu takut kalau2 orang nampak kesalahan yang kita buat. Tapi, pernahkah kita takut bahawa Tuhan memang melihat semua kesalahan yang kita lakukan?







Renung-renungkan.



Sumber : luvknewrule.blogspot.com