Monday, September 3, 2012

Semester Baru!!!!!!!!

..Permulaan untuk semester baru ini..
Belum pun start study tapi sudah sibuk meng'check' bila cuti
EHEHEH..
.
.
..
.
..
Ini kalendar untuk
Kalendar Akademik Sesi 2012/2013
...
harap-harap tiada perubahan
.
.

..
..
Semester 5 ini saya harap dapat pointer lebih tinggi..
harap-harap dapat
DEKAN
....
Wish Me Luck
..
..
..

BUBYE

Saturday, May 26, 2012

Jadual Waktu Exam ACT-UUM

Hello!!!!
Sem nie begini la jadual dia.. kurang padat berbanding semester lalu..
Wish me Luck!!!!
Tidak sabar mau balik Sabah..
Tapi "Dia' tidak balik... (~.-)....

Saturday, December 31, 2011

Entri Berkenaan Diri



Seorang lelaki yang bercinta dengan anak orang kaya, setiap kali bermesej, perempuan itu mengatakan bahawa kreditnya telah habis dan setiap kali itu juga lah si lelaki akan membelanja topup sebanyak sepuluh ringgit. Kalau seminggu sekali boleh tahan. Kalau hari hari?  Bodoh atau Cinta

Seorang lelaki mempunyai kekasih yang masih tak dapat melupakan bekas kekasihnya yang lama. Setiap hari dan ketika lelaki itu terpaksa menahan rasa melihat perempuan itu beramah mesra dengan bekas kekasih tersebut. Kerana sayang, lelaki itu tidak membantah malah tersenyum walau hati merana. Bodoh atau Cinta


Seorang lelaki menaruh harapan kepada kawannya yang sedang bercinta dengan orang lain. Walaupun dia sedar yang dia tak mungkin mendapatkan perempuan itu, dia tetap mencuba dan mencintai dalam diam. Perempuan itu pula ternyata mempergunakan dia atas dasar nama kawan dan secara diam diam dia memberi harapan kepada lelaki tersebut walaupun dia tak pernah ada perasaan terhadap lelaki itu. Lelaki itu tetap mencintai. Bodoh atau Cinta


Seorang lelaki menjumpai mesej lelaki lain di dalam handphone kekasihnya. Mesej itu jelas menunjukkan bahawa kekasihnya itu sedang curang. Pada mulanya dia marah dan merajuk. Perempuan itu kemudiannya buntu dan bercadang untuk memutuskan hubungan dengannya. Tanpa fikirkan maruah diri, lelaki itu merayu untuk berbaik semula dan berjanji akan melupakan kesilapan perempuan itu. Bodoh atau Cinta


 Orang yang saya sayang pernah cakap ' tunggu sesuatu yang tidak pasti adalah sia-sia'...tapi saya cakap, ia akan lebih sia-sia bila kita lepaskan satu-satunya perkara yang kita mahu sangat.. 
terpulang kepada individu untuk menentukan yg terbaik ye... (-.~)v

Tuesday, December 6, 2011

E-Dagang

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.  Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.


Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet.  Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.

Jenis-jenis E-dagang 


E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan  dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain.  Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.



Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.



Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir.  Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu.


Saiz E-dagang 

Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan IntelliQuest's Worldwide Internet/Online Tracking Service hanya 12 peratus pengguna Internet menggunakan E-dagang. Ini merupakan satu peratusan yang akan mengecewakan dan merupakan satu potensi yang besar untuk diperkembangkan lagi pada masa depan.  Malah menurut sebuah lagi kajian oleh Computer Intelligence hanya dua peratus daripada 4.8 juta perniagaan yang berkomputer seluruh dunia menggunakan E-dagang untuk menjalankan kesemua atau sebahagian daripada transaksi perniagaannya.



Menurut perangkaan terkini saiz pengguna Internet akan meningkat kepada lebih 200 juta pengguna untuk akses melalui sambungan dail terus dan seramai 17.5 juta lagi yang menggunakan sambungan tetap seperti talian suwa (leased line) dan daripada itu dianggarkan seramai 35 juta pengguna akan membuat pembelian melalui Internet.



Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan Cowles/Simba pula telah melakukan penyelidikan mengenai profil pengguna yang melakukan e-dagang  menerusi Internet. Kajian ini mendapati bahawa pembeli kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan setahun sebanyak RM50,000 dan berusia lebih daripada 30 tahun.  Hasil kajian yang sama juga menjangka bahawa urusniaga pembelian menerusi e-dagang akan meningkat lebih kurang 10 peratus setiap tahun bermula daripada nilai AS$800 juta pada tahun 1997 kepada AS$8 bilion menjelang tahun 1999.



Dengan kesedaran yang semakin meninggi tentang E-dagang maka dijangkakan pada tahun 2001 jumlah ini akan melonjak kepada lebih AS$546 bilion yang akan diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat. Media yang akan mempopularkan E-dagang adalah seperti menerusi Internet dan juga menerusi kaedah elektronik yang lain seperti TV interaktif dan telefon berskrin.



Pada tahun 1998, jualan produk komputer merupakan produk yang paling laris dijual dengan menggunakan e-dagang sehingga mencecah AS$196.2 juta, ini diikuti oleh produk pengguna (AS$186 juta), majalah dan buku (AS$38.3 juta) dan produk hiburan dan muzik (AS$ 35 juta).



Skop E-dagang 

Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun.



Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan  meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002. Dalam masa yang sama pengguna yang menggunakan Internet untuk merancang perjalanan mereka akan meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta pengguna.


Sumber Maklumat: http://jalalmpc.tripod.com/ecomm1.html

Tuesday, November 29, 2011

Pelajar tidak mampu membeli sebuah tablet untuk teman wanita, jadi dia membinanya

Untuk memiliki sebuah Apple Ipad memang mudah untuk sebahagian remaja, namun tidak bagi remaja yang kekurangan duit untuk memiliki Apple Ipad.


Seperti pelajar seni di China Wei Xinlong, yang bercinta memang sukar untuk menjalani percintaan mereka dengan jarak jauh,begitu juga Wei dan Sun Shasha..

Wei berazam untuk menunjukkan teman wanitanya betapa komitednya beliau kepada hubungan mereka dan mengambil keputusan untuk membuktikannya dalam cara yang sangat istimewa.

Walaupun beliau menghadiri sekolah seni, pelajar muda ini sentiasa ingin tahu mengenai gadget dan ingin membina sesuatu dengan tangan sendiri. Wei berhasrat untuk membina PC skrin sentuh tablet untuk membuat panggilan video harian. Dengan cara ini, apabila dia meninggalkan ke Shenzen, mereka akan dapat terus menghubungi yang lebih mudah.








Wei berkata beliau tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli sebuah komputer baru AHD, jadi beliau mula membina satu dengan mengkaji program-program video Internet tentang bagaimana untuk membuat PC tablet.
Seseorang pelajar Universiti China Timur Laut Biasa, di Changchun, Jilin, Wei mempunyai pengetahuan elektronik dan kejuruteraan, dia membeli komponen terpakai dan membinanya untuk menjadikan sebuah Ipad, dia menjadikan internet sebagai medium rujukan.

Ada juga sebahagian komponen yang diciptanya sendiri seperti konduktor haba yang diperbuat dari soda dan chopstik..

Wei mengambil masa 10 hari untuk menyiapkan pemasangan komponen untuk dijadikan sebuah iPad.













IPad buatan sendiri ini dengan ciri-ciri skrin sentuh, dilengkapi dengan kamera, mikrofon, empat slot USB, LAN soket dan dikuasakan oleh bateri litium. Ianya kaya dengan ciri-ciri sebagai iPad tulen, tetapi ia boleh digunakan untuk membaca e-buku, menonton filem, mendengar muzik dan bermain permainan video. Kos Wei 800 yuan ($ 126).
Wei juga telah membuat sebuah QQ group dimana orang ramai boleh bertanyakan soalan dan memberikan tips.










sumber : Chinadaily

Sunday, November 13, 2011

Lelaki Dan Perempuan

Bila lelaki buat salah...
Bila perempuan pula buat salah...
Betul atau tidak itu terpulang kepada individu..
Kadang-kadang kita patut mengalah kepada orang yang kita sayang daripada kehilangan mereka..

Sekadar untuk bacaan.. Jangan marah ye..haha



sumber gambar: doghouse diaries