Saturday, December 31, 2011

Entri Berkenaan Diri



Seorang lelaki yang bercinta dengan anak orang kaya, setiap kali bermesej, perempuan itu mengatakan bahawa kreditnya telah habis dan setiap kali itu juga lah si lelaki akan membelanja topup sebanyak sepuluh ringgit. Kalau seminggu sekali boleh tahan. Kalau hari hari?  Bodoh atau Cinta

Seorang lelaki mempunyai kekasih yang masih tak dapat melupakan bekas kekasihnya yang lama. Setiap hari dan ketika lelaki itu terpaksa menahan rasa melihat perempuan itu beramah mesra dengan bekas kekasih tersebut. Kerana sayang, lelaki itu tidak membantah malah tersenyum walau hati merana. Bodoh atau Cinta


Seorang lelaki menaruh harapan kepada kawannya yang sedang bercinta dengan orang lain. Walaupun dia sedar yang dia tak mungkin mendapatkan perempuan itu, dia tetap mencuba dan mencintai dalam diam. Perempuan itu pula ternyata mempergunakan dia atas dasar nama kawan dan secara diam diam dia memberi harapan kepada lelaki tersebut walaupun dia tak pernah ada perasaan terhadap lelaki itu. Lelaki itu tetap mencintai. Bodoh atau Cinta


Seorang lelaki menjumpai mesej lelaki lain di dalam handphone kekasihnya. Mesej itu jelas menunjukkan bahawa kekasihnya itu sedang curang. Pada mulanya dia marah dan merajuk. Perempuan itu kemudiannya buntu dan bercadang untuk memutuskan hubungan dengannya. Tanpa fikirkan maruah diri, lelaki itu merayu untuk berbaik semula dan berjanji akan melupakan kesilapan perempuan itu. Bodoh atau Cinta


 Orang yang saya sayang pernah cakap ' tunggu sesuatu yang tidak pasti adalah sia-sia'...tapi saya cakap, ia akan lebih sia-sia bila kita lepaskan satu-satunya perkara yang kita mahu sangat.. 
terpulang kepada individu untuk menentukan yg terbaik ye... (-.~)v

No comments:

Post a Comment